fbpx

Ribut petir di 5 negeri sehingga pukul 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, negeri-negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Di Perak, kawasan yang diramal berdepan cuaca buruk ini adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hili Perak dan Batang Padang.

“Kawasan-kawasan di Pahang yang dijangka mengalami cuaca yang sama pula adalah Tanah Tinggi Cameron dan Lipis diikuti dengan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat turut diramal di negeri Sarawak melibatkan kawasan Kapit, Bintulu dan Miri (Beluru dan Telang Usan).

Ujarnya lagi, kawasan yang terlibat di Sabah pula adalah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI