fbpx

PRN: Bertanding untuk dapat kerusi, menang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

SEBERANG PERAI – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat masih terlalu awal untuk memberi bayangan parti yang akan memenangi paling banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting ketika ini adalah perundingan yang berasaskan ‘kebolehmenangan’ khususnya dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Kita bukan bertanding dengan hasrat untuk mendapatkan jumlah-jumlah (kerusi) yang tertentu, tapi untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Masjid al-Islah, Pokok Tampang, Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, formula pengagihan kerusi antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) termasuk di Pulau Pinang mungkin tidak akan dibincangkan secara menyeluruh pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung pada 14 Mei depan.

“Formula itu saya akan serah kepada Ketua Menteri dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang untuk membincangkan sendiri.

“Kami (pimpinan) di peringkat nasional ini (hanya menguruskan) dari segi dasar sahaja,” ujar beliau.

Ahmad Zahid berkata, meskipun meletakkan sasaran bahawa UMNO dan PH ‘wajib’ menang PRN terutamanya di Pulau Pinang nanti, namun keserasian antara parti turut ditekankan ketika ini.

“Kita perlukan ‘good chemistry’ (hubungan yang baik) antara pemimpin untuk semua parti (dalam kerajaan perpaduan) dan ini perlu dilakukan di peringkat akar umbi lagi.

“Itu cadangan kami supaya di semua peringkat akan merasai keserasian itu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI