fbpx

Peniaga meraung lihat api membakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZINAL (berbaju kuning) menerima kunjungan Syed Ben Bella (dua dari kiri) dan Fauziah Misri (dua dari kanan) yang melihat rumah sewanya di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi yang musnah terbakar.

KOTA TINGGI – Hanya mampu meraung melihat api marak membakar rumah, itulah keadaan seorang penghuni sebuah rumah sewa di Felda Air Tawar 5 di sini selepas kediamannya musnah dalam kebakaran petang semalam.

Zinal Nahman, 57 berkata, dia yang baru menetap disitu sejak kira-kira empat bulan mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan peniaga di bazar Ramadan di Felda tersebut.

Katanya, ketika kejadian dia bersama dua anak dan isterinya sedang berniaga air di bazar berkenaan sebelum dikhabarkan berita malang itu kira-kira pukul 4.30 petang selepas Asar.

“Saya tidak pernah menangis meraung seperti semalam. Melihat rumah sewa terbakar sampai api tiada di depan mata. Orang ramai juga turut menahan saya agar saya tidak meluru ke dalam rumah.

“Dalam rumah banyak barang-barang kami, tambahan pula anak bongsu Alia Syafiqa, 15, masih bersekolah. Kami tinggal sehelai sepinggang, yang ada bersama kami kini hanya balang air,” katanya ketika menerima kunjungan daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al Habshee juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia juga bernasib baik kerana Alia Syafiqa yang biasanya tinggal di rumah mengikutnya berniaga kelmarin.

Difahamkan kebakaran itu berlaku dipercayai berpunca akibat panahan petir selepas jiran mangsa mendakwa melihat kilat menyambar sebelum terdengar bunyi bising letupan kebakaran dari rumah mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI