fbpx

Orang ramai sudah sakan ‘shopping’ raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya yang sesak di Bangi Sentral hujung minggu ini.

PETALING JAYA – Beberapa tempat tumpuan membeli barangan persiapan sambutan Aidilfitri sudah mula sesak dikunjungi orang ramai.

Keadaan di beberapa tempat seperti di Bangi Sentral, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), pusat beli-belah Sogo yang menjadi lubuk pakaian hari raya dan kelengkapan Aidilfitri lain yang sesak teruk pada hujung minggu ini turut tular di media sosial.

Melalui perkongsian sebuah video di TikTok, menunjukkan keadaan jalan raya yang sesak di Bangi Sentral dikatakan berlaku seawal pukul 10 pagi.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyifatkan itu adalah keadaan yang biasa berlaku apabila tiba musim perayaan.

“Bangi Sentral sesak teruk! Mungkin sebab kebetulan gaji dekat-dekat hujung minggu ini. Baru puasa ke berapa dah meriah,” kata Anis.

“Kalau semua serbu Bangi Sentral, kami yang duduk sini nak beli baju di mana? Macam meriah sangat pulak hari ini,” keluh Rohaiza.

“Dahsyat raya tahun ini, belum seminggu puasa orang dah berpusu dekat Sogo. Bukan ada ‘sale’ lagipun,” kata Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI