fbpx

Lelaki dipecat bawa lari makanan pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee membawa pulang beg berisi makanan yang disediakan di pantri pejabatnya. - TikTok

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura yang dipecat bertindak membawa pulang sebuah beg yang dipenuhi dengan makanan pejabat pada hari terakhir dia bekerja, lapor laman berita Mothership hari ini.

Pada 22 Mac lalu, portal pekerjaan, Indeed mengumumkan pemberhentian 2,200 pekerja di seluruh dunia. Akibatnya, 120 kakitangan yang berpangkalan di Singapura turut terjejas.

Bekas jurutera perisian di Indeed, Larry Lee juga antara salah seorang daripada pekerja yang diberhentikan.

Pada 23 Mac lalu, Lee memuat naik video dalam akaun @sotravel.me yang memaparkan tindakannya ‘melarikan’ snek pejabat. Dia menunjukkan pantri pejabat yang dipenuhi dengan makanan ringan.

Lee kemudian memenuhi begnya dengan makanan tersebut sambil cuba untuk tidak berkelakuan mencurigakan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sepatutnya ambil lebih banyak. Saya ambil sekotak apabila meninggalkan Grab,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI