fbpx

Layka, gadis manis persis Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAYKA gemar mewarna dan melukis untuk mengisi masa lapang dan menghindari tekanan.

GADIS manis berlesung pipit ini, mampu membuatkan ramai jatuh hati. Alunan suaranya lemak merdu persis penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau Tokti.

Siti Nurzulaikha Idrus, 22, atau lebih dikenali Layka Al Funsu mula mendapat perhatian ramai apabila videonya mengalunkan lagu penyanyi terkemuka itu terutamanya ‘Nirmala’ tular.

Amat sukar untuk menguasai lenggok Tokti, namun Layka mampu mengalunkan setiap bait dengan bersahaja sehingga ada yang menuduhnya melakukan penyegerakan bibir (lip sync).

Kepada Kosmo! Ahad, gadis manis ini bercerita mengenai suara dan wajahnya yang membuka ruang buat dirinya menjadi artis rakaman dan duta produk.

KOSMO! AHAD: Ceritakan perkembangan terkini?
LAYKA: Layka kini duta kepada beberapa syarikat terkenal tempatan dan bergelar penyanyi menerusi label XO House. Layka baharu selesai menghasilkan lagu baru pertama berjudul Dua Rama Rama. Seorang yang suka mewarna, melukis di masa lapang.

Sering dikaitkan dengan Siti Nurhaliza atau Tokti, komen anda?
Setiap orang mempunyai pendapat. Satu penghargaan untuk Layka apabila disamakan dengan penyanyi nombor satu negara. Yang pasti kami mempunyai banyak perbezaan, bagai langit dan bumi.

LAYKA tidak suka ditipu, diarah dan dikongkong.

Ada yang menuduh anda buat ‘lip sync’ apabila me­nyanyi lagu Tokti.
Geram bila dituduh begitu (lip sync) tetapi dalam masa sama rasa bangga juga menjadi perhatian. Apa pun, Layka tidak salahkan sesiapa, mungkin ada yang tidak boleh terima lalu muncullah kenyataan itu.

Pengalaman pa­ling dibenci?
Pengalaman paling buruk apabila gagal buat yang terbaik dalam persembahan manakala yang dibenci apabila Layka ditipu, diarah dan dikongkong. Kesannya kini, Layka agak sukar untuk mempercayai seseorang.

Karektor anda yang sebenar?
Berbeza dan bergantung pada situasi dan siapa di sekeliling Layka ketika itu. Jika dengan teman rapat, saya seorang yang agak ceria dan kalau dengan keluarga pula, Layka berubah sangat manja. Tetapi kalau dengan orang luar, Layka agak pemalu dan tidak banyak cakap.

Bakal imam pilihan ­Layka?
Semestinya seorang yang penyabar dan lelaki itu mampu ‘hadap’ perangai Layka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI