fbpx

KPM teliti status pendidikan tiga beradik mangsa dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mahasiswa sempena majlis buka puasa dan perasmian program Kongsi Rezeki di USM, Nibong Tebal malam tadi. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan sedang meneliti status pendidikan tiga beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu mereka di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, Perlis di sini kelmarin.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan tiga beradik itu namun sudah dimaklumkan akan insiden yang menimpa ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 13 hingga 16 tahun.

“Saya tak dapat laporan lagi, apabila dah dapat nanti akan saya usahakan. Berita itu sudah saya dapat cuma sekarang kita sedang memeriksa keadaan mereka sebab saya rasa (isu) ini bawah kementerian lain dulu, untuk selamatkan mereka terlebih dahulu.

“Kita akan periksa mereka bersekolah atau tidak, kalau kita lihat keadaan nampak tidak begitu baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan perasmian program Kongsi Rezeki di Universiti Sains Malaysia, di Nibong Tebal di sini malam tadi.

Kelmarin, tiga beradik terbabit ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan dua daripadanya rantai masih diikat pada kaki kira-kira pukul 11.55 malam.

Difahamkan, ketiga-tiga remaja tersebut dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam sebuah rumah oleh ibunya yang tidak bersama mereka. Semakan juga mendapati dua daripada mereka turut memiliki kad orang kelainan upaya (OKU). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI