fbpx

Fenomena Tiang Cahaya muncul di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fenomena Tiang Cahaya yang sempat dirakam dan dikongsi di media sosial.

PETALING JAYA – Fenomena Tiang Cahaya kelihatan di Johor Bahru malam tadi dan sempat dirakam serta dikongsikan pengguna media sosial.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial, fenomena ‘Light Pillars’ tersebut muncul di langit malam dan dapat dilihat di kawasan sekitarnya.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia, Tiang Cahaya terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.

“Kemudian ketika kejadian suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas. 

Pertembungan kedua-dua keadaan itu katanya menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.

“Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub atau polar.

“Fenomena itu juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini,” ujarnya.

Katanya, Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI