fbpx

‘Dahulu kaki bangku’, kini pengurus FPL Kosmo! paling sohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada wajah pengurus yang ceria dan gembira selepas memenangi mata tertinggi buat pasukan masing-masing pada Liga Fantasi Kosmo!
OMAR

‘Dahulu kaki bangku’, kini pengurus FPL Kosmo! paling sohor

PENGURUS Perlis United Club, Omar Noorrashid hanya dipisahkan satu kemenangan saja lagi untuk melengkapkan target peribadinya meraih hadiah mingguan buat kali ketujuh pada penyertaan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) 2022/2023.

Dua pasukannya, Perlis United Club dan Perlis FC ma­sing-masing pernah bergelar pemenang mingguan tiga kali, sekali gus menghadirkan rasa puas buatnya terutamanya setiap percaturan berjaya membuahkan hasil.

“Kali ini saya pilih Bukayo Saka sebagai kapten, selain itu saya juga gunakan cip Bench Boost. Alhamdulillah, percaturan kali ini sekali lagi mampu memastikan kemenangan buat pasukan saya, sekali gus menjadikan saya makin bersemangat buat pilihan terbaik.

“Buat masa sekarang, saya hanya perlu menang sekali lagi untuk melengkapkan sasaran dan saya lihat dengan baki perlawanan yang masih ada, saya tetap ada peluang. Jika awal musim saya pernah lakar hatrik, kali ini tidak salah saya lakukannya sekali lagi di hujung musim.

“Ketika ini saya sudah menang minggu 27 dan 28, jadi sudah pasti saya mahu leng­kapkan kejayaan pada minggu ke-29. Rezeki saya masih ada dan mungkin bolehlah saya belanja lebih sikit untuk persiapan raya nanti.

 

MUHAMMAD SIDQI

Tuah iringi jurutera minyak untuk julang FPL Kosmo!

PENGURUS pasukan Abah Tasnim, Muhammad Sidqi Mat Kamil tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata kejayaannya menjadi pemenang mingguan saingan ke-28 (GW28) Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) 2022/2023.

Apa tidaknya, ini minggu kedua berturut-turut buat pengurus dari Puchong, Selangor itu menjadi pemenang FPL Kosmo! 2022/2023 selepas memenangi GW27 bersama dua lagi pasukanya iaitu Dirgahayu dan Green Arrow.

Secara keseluruhan, ini adalah kali kelima jurutera minyak di sebuah syarikat swasta itu meraih ganjaran bersama Kosmo! bagi saingan musim ini.

“Alhamdulillah, sekali lagi tersenarai sebagai pemenang. Jujur saya katakan memang saya tidak menyangka selepas menang minggu ke-27 dengan dua pasukan lain.

“Walaupun saya sertai FPL Kosmo! dengan tiga pasukan berbeza tetapi nampaknya ia amat berbaloi. Dari awal lagi memang tidak sangka langsung dapat memenanginya sehingga lima kali,” katanya.

Kini, Sidqi tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan memburu kejayaan seterusnya apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali berlangsung pada 1 April depan.

 

MOHD. NOOR RAZLAN

Noor Razlan teruja muncul sebagai pemenang kali pertama musim ini

KEJAYAAN muncul antara pemenang mingguan tertinggi bagi saingan minggu ke-28 me­ningkatkan lagi kepercayaan pengurus, Mohd. Noor Razlan Mohammod terhadap Kosmo! selaku penganjur Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023.

Pengurus pasukan MNR FC itu mengakui dia sangat gembira apabila menyedari pelaburannya dianggap berbaloi selepas menang buat kali pertama pada kempen musim ini.

“Alhamdulillah untuk rezeki ini dan berasa gembira sekali kerana berada dalam senarai pemenang mingguan tertinggi.

“Ini adalah kali kedua saya menyertai saingan Liga Fantasi Kosmo! selepas turut bermain dan menang mingguan ketika dianjurkan secara percuma tahun lalu.

“Tiada rahsia mengenai pasukan selain daripada menggunakan khidmat kapten yang tepat dengan kali ini sandaran diberikan kepada Bukayo Saka dan pertahanan Aston Villa, Tyrone Mings turut cemerlang.

“Penentuan kapten sangat penting kerana ia menyumbang mata tinggi dan saya lihat pasukan pesaing juga banyak meletakkan kapten kepada pemain Tottenham Hotspur seperti Harry Kane.

“Saya harap akan dapat menang pada minggu seterusnya kerana skuad yang saya miliki­ ­ketika ini cukup ampuh dengan ramai pemain yang bakal mengha­rungi dua perlawanan,” katanya.

 

HASRIMIE

Percaturan The 11 Jokers guna cip free hit berbaloi

PERCATURAN untuk menggunakan cip free hit membuahkan hasil apabila pasukan The 11 Jokers dapat membentuk skuad terbaik bagi mengharungi minggu ke-28 saingan FPL Kosmo! 2022/2023.

Hasilnya cukup memberangsangkan apabila skuad kendalian Hasrimie Abdul Hamid itu berjaya muncul sebagai salah sebuah pasukan pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!.

Keputusan untuk menggunakan pemain sensasi Arsenal, Bukayo Saka sebagai kapten turut membuahkan hasil selepas pemain antarabangsa England itu menyumbangkan mata tinggi ketika The Gunners mudah menewaskan Crystal Palace 4-1.

“Alhamdulillah, dapat menjadi salah seorang pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! buat kali kedua kerana saya langsung tidak letakkan sasaran memandangkan mahu memburu kedudukan terbaik pada penghujung musim nanti.

“Sudah tentu harapan selepas ini adalah untuk terus memperbaiki kedudukan dalam liga kerana saya berada dalam kelompok 50 terbaik keseluruhan.

“Sekiranya ada rezeki, saya mahu menang lagi tetapi seperti saya cakap, sasaran utama adalah kedudukan hujung musim,” kata Hasrimie yang memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam saingan FPL.

 

AHMAD FADHIL

Bukayo Saka cemerlang ganti Erling Haaland

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Perumpamaan itu mungkin sesuai untuk pengurus Ynwa- Ganu, Ahmad Fadhil apabila berjaya muncul lima pemenang mingguan FPL Kosmo! 2022/2023 untuk minggu ke-28.

Mengurut Ahmad Fadhil, pada asalnya dia menggunakan ‘wildcard’ kerana terpaksa melakukan pertukaran menghadapi minggu ke-29, di mana banyak pasukan akan bermain dua kali.

“Kalau ikutkan saya buat pertukaran ini adalah sebagai menyiapkan pemain terbaik untuk minggu ke-29 sebab ramai akan bermain dua kali. Tetapi kalau sudah dikatakan rezeki, rezeki saya mungkin datang lebih awal kerana menang pada minggu ke-28.

“Kebetulan pula saya pilih Bukayo Saka sebagai kapten dan ­Alexander Isak yang dibawa masuk bagi menggantikan Erling Haaland turut menjadi dan sumbangkan banyak mata kepada pasukan saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI