fbpx

Banjir Johor pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGHUNI PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng di Batu Pahat mengemas barangan peribadi setelah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, hari ini.

JOHOR BAHRU – Setelah hampir sebulan dilanda bencana, keadaan banjir di negeri ini telah pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sebelum ini telah ditutup kesemuanya.

Situasi berkenaan dapat dicapai ekoran keadaan cuaca yang baik sejak seminggu lalu, selain usaha diambil kerajaan dalam mengeluarkan air di kawasan banjir termenung menggunakan pam air bergerak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, dua PPS yang terakhir ditutup adalah di daerah Batu Pahat.

“Kedua-dua PPS tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng sebelum ini menempatkan seramai 141 mangsa daripada 37 buah keluarga, pagi tadi.

“Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga menunjukkan tiada daerah dalam negeri ini yang menunjukkan sebarang tanda amaran ribut petir atau hujan lebat berterusan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azmi berkata, tiga jalan masih lagi ditutup untuk kesemua jenis kenderaan iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat; Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI