fbpx

31 nelayan Vietnam ditahan tangkap ikan di perairan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Nor Adli (depan, dua dari kanan) memeriksa nelayan asing yang ditahan di pangkalan operasi APMM Kelantan, Tok Bali di Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan seramai 31 nelayan asing warganegara Vietnam yang menaiki empat buah bot dalam dua operasi berasingan di perairan Kelantan sepanjang minggu ini.

Kesemua nelayan asing berusia 14 hingga 64 tahun itu ditahan ketika mereka menangkap ikan pada 20 dan 22 Mac lalu semasa APMM Kelantan melaksanakan Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, tangkapan pertama melibatkan dua buah bot di lokasi 119 kilometer (km)!dari Kuala Tok Bali di sini apabila lima awak-awak dan dua orang tekong ditahan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, tangkapan kedua yang dijalankan di sekitar lokasi 315 kilometer (km) hingga 333.4 km dari Kuala Tok Bali selepas menerima maklumat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkait pencerobohan nelayan asing bermula pukul 8.45 pagi hingga pukul 10.57 pagi pada 22 Mac lalu.

“Kapal Maritim (KM) Jujur mengambil masa lebih dua jam untuk menahan kedua-dua bot berkenaan yang dinaiki 17 awak-awak dan seorang tekong. Tekong dan awak-awak bertindak agresif cuba meloloskan diri ke sempadan perairan antarabangsa sebelum mereka ditahan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat APPM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Menurut Syed Nor Adli, pemeriksaan semasa kedua operasi itu mendapati, kesemua 31 nelayan asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan keempat-empat bot yang digunakan juga tidak memiliki permit menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Selain bot, kita turut merampas peralatan navigasi, alat menangkap ikan, hasil tangkapan satu tan ikan dan bekalan diesel kira-kira 9,200 liter dengan jumlah kesemuanya dianggarkan bernilai RM4.2 juta.

“Kesemua nelayan itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985, Seksyen 16 akta sama dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI