fbpx

26 maut puting beliung badai negeri AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki duduk di antara serpihan rumah yang musnah akibat ribut kuat dan puting beliung yang melanda Rolling Fork, Mississippi, semalam. - AFP

JACKSON, MISSISSIPPI – Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) selepas satu puting beliung kuat melanda negeri itu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Sekurang-kurangnya 25 orang maut di Mississippi dan seorang mangsa terkorban di Alabama, manakala berpuluh-puluh lagi cedera akibat puting beliung kelmarin.

Ribut tersebut memusnahkan beberapa bandar pedalaman dengan kawasan Rolling Fork di barat daerah Sharkey hampir musnah sepenuhnya.

Gabenor Mississippi, Tate Reeves mengisytiharkan darurat supaya bantuan dapat diberikan terhadap kerosakan yang berlaku.

Presiden AS, Joe Biden menyifatkan imej bencana alam yang dirakam di Mississippi sebagai menyayat hati dan berkata bahawa kerajaan persekutuan akan melakukan segala yang mampu untuk menghulurkan bantuan.

Lebih banyak ribut kuat diramalkan melanda negeri Alabama dan Georgia hari ini dan berpotensi membawa hujan ais.

Ribut yang melanda Mississippi menghasilkan puting beliung yang mengakibatkan kerosakan besar kepada penempatan penduduk di seluruh negeri. 

Angin kencang pula telah memusnahkan berpuluh-puluh bangunan di beberapa bandar kecil, menterbalikkan kereta dan menumbangkan talian elektrik. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI