fbpx

2 lelaki dicekup tak sempat belanja duit samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANG tunai, telefon bimbit serta sabit yang berjaya dirampas daripada dua orang lelaki yang dipercayai menyamun dua buah kedai di Parit Sulong, Batu Pahat malam semalam.

BATU PAHAT – Dua lelaki warga tempatan tidak sempat membelanjakan duit hasil samun mereka apabila diberkas polis selepas kira-kira enam jam menyamun dua buah premis di Parit Sulong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 29 tahun ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi di kawasan Pekan Parit Sulong selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, hasil daripada penahan dua suspek itu, pihak polis berjaya merampas wang tunai bernilai RM3,025, satu bilah parang, satu bilah sabit dan beberapa telefon bimbit dipercayai hasil samun.

“Sebelum itu, pukul 11.30 malam tadi balai polis menerima laporan daripada seorang pemilik kedai snuker yang menyatakan kedainya disamun oleh dua orang lelaki tidak kenali.

“Pada pukul 9.30 malam hari yang sama sebuah lagi kedai menjual peralatan telefon juga dilaporkan di samun oleh dua lelaki melalui laporan daripada pemiliknya kira-kira pukul 2.30 pagi tadi,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, ketika melakukan samun, kedua-dua suspek turut mencederakan seorang pekerja sehingga menyebabkannya terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Ujarnya lagi, hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah dan salah seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI