fbpx

11 ditahan selepas mabuk, bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video menunjukkan sekumpulan individu bergaduh di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.

JOHOR BAHRU – 11 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan perumahan Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pergaduhan tersebut berpunca akibat beberapa individu bertindak membuat bising setelah mabuk dan kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan dan berusia antara 17 hingga 53 tahun.

“Polis mengesan sebuah video tular dipercayai merakamkan kejadian pergaduhan sekumpulan individu yang berlaku pada pukul 11.05 malam, 19 Mac lalu.

“Sehubungan itu, polis berjaya menahan 10 lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan mendapati enam daripada suspek ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah, manakala seorang lagi mempunyai rekod dikehendaki polis.

“Sembilan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan mereka telah dijatuhkan hukuman denda RM2,000 seorang atau lima bulan penjara,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI