fbpx

Wanita maut, SUV dinaiki terbabas sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut manakala empat cedera ringan apabila kenderaan jenis SUV dinaiki dipercayai terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Gana Kawang, Papar petang tadi. -Foto: Ihsan Bomba-

PAPAR – Ekoran kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dinaiki dipercayai terbabas sendiri, seorang wanita maut manakala empat cedera ringan dalam kejadian di Jalan Gana Kawang petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.47 petang itu, mangsa Tracy Wong, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita warga emas, lelaki berusia 37 tahun dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia enam dan lapan tahun cedera ringan dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, semua mangsa dihantar menggunakan ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 5.47 petang. Seramai 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan EMRS dari BBP Papar digerakkan ke tempat kejadian.

“Menurut laporan, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan SUV jenis Honda HR-V terbabas sendiri. Lima mangsa terbabit dan semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat mangsa hanya cedera ringan dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba kemudian membersihkan sisa-sisa kemalangan di atas jalan raya sebelum operasi ditamatkan pada pukul 7.19 malam tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI