fbpx

Skuad B-22 negara tekad julang Piala Merlion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain skuad B-22 negara giat menjalani latihan menjelang aksi final Piala Merlion malam esok. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad bawah 22 (B-22) negara, E. Elavarasan mencabar anak-anak buahnya untuk menjadi juara saingan Piala Merlion menjelang aksi final bertemu Hong Kong di Stadium Jalan Besar, Singapura esok.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya berjaya mengasah taring dengan mara ke pentas akhir susulan kemenangan 4-2 ke atas pasukan Kemboja pada perlawanan pertama di venue yang sama semalam.

Kata Elavarasan, masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki untuk memastikan pasukan dapat memberi cabaran yang diharapkan ketika menentang Hong Kong sekali gus memberi bayangan persiapan ampuh pasukan ke Sukan SEA 2023 bulan depan.

“Menjelang aksi final, sudah tentu dua pasukan meletakkan sasaran yang sama dengan mahu melakar kemenangan dan pastilah kedudukan No. 1 menjadi buruan buat pasukan kami.

“Lebih menarik, ini adalah aksi yang unik memandangkan kita akan menentang Hong Kong B-22 manakala skuad senior Harimau Malaya turut menguji skuad utama Hong Kong dalam aksi antarabangsa (Selasa) nanti,” katanya.

Sementara itu, Elavarasan memuji ketahanan fizikal dan mental yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya untuk tidak patah semangat meskipun bermain pada bulan Ramadan.

“Ini cabaran buat barisan pemain kerana beraksi pada bulan puasa dan saya ucapkan tahniah serta pujian wajar diberikan kepada mereka kerana mampu bertahan lebih 90 minit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI