fbpx

Remaja maut digilis bas di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan Muhammad Irfan di KM 337.9, LPT2 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut digilis sebuah bas dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 337.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.10 pagi itu, mangsa, Muhammad Irfan Abdullah, yang berasal dari Santong, Paka di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Unser, bas dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kenderaan Toyota Unser yang juga dari arah sama.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan dalam masa sama, datang sebuah bas tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala pemandu Toyota Unser berusia 29 tahun berasal dari Kampung Mak Kemas, Bukit Payung, Marang dan pemandu bas berumur 28 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI