fbpx

Polis tutup pusat sembelihan kucing, 197 kucing diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pusat sembelihan kucing di Dong Thap, Vietnam akhirnya ditutup berikutan campur tangan daripada pihak berkuasa negara itu. - Foto Thaiger

HANOI – Sebuah pusat penyembelihan kucing berskala industri di wilayah Dong Thap di Vietnam yang mampu menyembelih sehingga 500 ekor kucing sehari telah menghentikan semua operasi berikutan campur tangan pihak berkuasa, lapor portal berita Thaiger.

Pusat penyembelihan yang menjalankan perniagaan selama lebih sedekad itu berdepan dua serbuan polis sejak beberapa minggu lalu.

Dalam serbuan itu, pemiliknya didapati tidak mempunyai dokumen yang diperlukan. Polis memusnahkan lebih lima tan daging kucing beku di hadapan pemilik premis yang merayu supaya rumah sembelihan itu tidak ditutup.

Kes itu telah dipuji sebagai detik penting untuk kebajikan haiwan di Vietnam oleh Soi Dog Foundation International yang merupakan sebuah organisasi kebajikan haiwan berpangkalan di Thailand.

Yayasan tersebut berjuang untuk menamatkan perdagangan daging anjing dan kucing di seluruh Asia.

Ia juga menyokong penjagaan 197 ekor kucing yang diselamatkan dari pusat penyembelihan itu.

“Ini adalah kali pertama kami melihat operasi skala ini ditangani dengan cara ini dan kami sangat gembira dengan hasilnya,” kata jurucakap yayasan berkenaan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI