fbpx

Peniaga ‘surprise delivery’ mohon maaf rempuh gerai bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan khemah peniaga Bazar Ramadan Bandar Seri Jempol, di sini, yang rosak susulan sebuah kenderaan merempuh lokasi berkenaan, pagi tadi. - IHSAN PEMBACA

JEMPOL – Seorang peniaga perkhidmatan ‘surprise delivery’ di Bandar Seri Jempol, di sini, memohon maaf kepada pemilik enam buah gerai bazar di lokasi berkenaan kerana telah merempuh gerai, pagi tadi.

Peniaga berkenaan, Nur Shaliyana Abdullah, 34, berkata, kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu begitu pantas berlaku, dan dia juga sememangnya sudah biasa parkir di lokasi tersebut untuk ke kedai sewanya yang terletak berhampiran.

“Saya rasa saya dah tekan brek, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Kereta proton saga FLX yang dipandu saya meluncur masuk ke enam buah gerai. Mujur ketika kejadian peniaga bazar masih belum berjualan.

“Sebaik kemalangan, peniaga kedai berhampiran bantu keluarkan saya dari kereta. Saya tidak alami kecederaan cumanya berasa agak pening. Dengan bantuan peniaga lain, kami cuba menghubungi pemilik gerai bazar yang mengalami kerosakan disebabkan kejadian ini.

“Saya minta maaf sangat-sangat, tak sangka akan jadi begini. Saya akan cuba bayar ganti rugi membabitkan peralatan perniagaan yang rosak. Setakat pagi tadi empat khemah patah dan dua khemah lagi rosak mejanya,” katanya hari ini.

Ujar Nur Shaliyana lagi, dia yang sudah empat tahun menyewa kedai berhampiran lokasi kejadian masih lagi terkejut dan “berderau” dengan apa yang berlaku.

“Saya harap ada hikmahnya bagi membolehkan saya menjelaskan ganti rugi ini dan berterima kasih dengan peniaga yang memahami,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI