fbpx

Nenek hanyut 3 kilometer disangka mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bancha menyelamatkan nenek Boonchuey dari Sungai Nan. - Khaosod

BANGKOK – Seorang wanita berusia 80 tahun yang terjatuh ke dalam Sungai Nan di wilayah Pichit, utara Thailand berjaya diselamatkan setelah mangsa terapung sejauh 3 kilometer, lapor laman berita Thaiger.

Bancha Simadua, 61, sedang memancing di Sungai Nan pada pukul 4 petang (waktu tempatan) kelmarin apabila dia ternampak seorang wanita hanyut melepasinya.

Dia segera menghubungi polis dan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Ketika menghampirinya, Bancha terkejut apabila mata wanita tua yang disangka sudah meninggal dunia itu terbuka. Dia menyedari mangsa masih hidup dan memerlukan bantuan.

Bancha menemui sebatang kayu yang menyokong badan wanita tersebut dan menghalang mangsa daripada lemas. Dia membawanya ke darat dan menunggu pasukan penyelamat tiba.

Bancha kemudian mendapat tahu bahawa wanita bernama nenek Boonchuey itu berasal dari mukim Paktang, daerah Mueang Phichit. 

Nenek Boonchuey tidak mampu mengingati bagaimana dia terjatuh ke dalam sungai. 

Wartawan yang mengunjunginya di rumah mendapati dia tinggal sendirian setelah kematian suami bertahun-tahun lalu. Nenek Boonchuay juga didakwa nyanyuk.

Jiran-jiran berkata, mungkin nenek Boonchuey turun ke Sungai Nan kerana ingin mengambil air untuk menyiram tanamannya.

Tanpa tindakan pantas Bancha, nenek Boonchuey mungkin akan lemas tanpa sesiapa mengetahui perkara yang berlaku kepadanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI