fbpx

[VIDEO] Ibu bawa anak balai polis tak nak pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video Aydeen dibawa ke balai polis oleh ibunya kerana tidak mahu ke sekolah.

PETALING JAYA – Gara-gara sering menangis dan enggan ke sekolah, sepasang ibu bapa membawa anaknya ke balai polis sebagai pengajaran.

Menerusi klip video yang dimuat naik Abella Scentz, memaparkan adegan spontan itu di sebuah balai polis dipercayai di Sarawak.

“Tak mahu pergi sekolah? Masuk sinilah,” ujar anggota terbabit.

Namun, lebih menghiburkan apabila ibunya kelihatan geram kerana reaksinya anaknya seakan tidak takut dan hanya menggelengkan kepala ketika ditanya.

“Tulis nama dia tuan. Masuk ‘jail’ (penjara) nak? Engkau nak makan cacing, nak makan ulat?

“Tiap-tiap hari dia kalau masuk sekolah itu pasti dia nangis tuan. Dia ingat saya bohong dengan dia,” luah ibunya.

Bagaimanapun, pelajar terbabit yang dikenali sebagai Aydeen kelihatan lebih gembira untuk ke sekolah keesokan hari.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan ibunya kerana melakukan perkara berkenaan.

“Hebat betul mak dia buat betul-betul. Semoga jadi anak yang berjaya,” kata Hunney.

“Aku masa enam tahun pernah di bawa nenek pergi balai polis sebab tak mahu sekolah. Sekarang syukur sampai tamat persekolahan,” ujar Jumser.

“Ibu yang betul-betul mahu anak dia punya masa depan yang berjaya dan maju.  Syabas ibu dan terima kasih atas kerjasama tuan polis,” kata Due. – KOSMO! ONLINE

@abellascentzhq

Aydeen²…gara² ngai sekula viral 😅

♬ original sound – ABELLA SCENTZ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI