fbpx

Euro 2024: Harry Kane berjaya pintas rekod Rooney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meledak gol kedua ketika mencatat kemenangan ke atas Itali, sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman England. – AFP

NAPLES – Penyerang England, Harry Kane melakar sejarah baharu apabila menjadi penjaring terbanyak skuad The Three Lions ketika membantu pasukan itu menewaskan Itali 2-1 pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Diego Armando Maradona itu, Kane dan Declan Rice masing-masing menjaringkan satu gol, manakala gol saguhati The Azzurri dijaringkan Mateo Retegui.

Gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-44 itu sekali gus menyaksikan penyerang Tottenham Hotspur itu meledak 54 gol buat England dan satu gol me­ninggalkan pemegang rekod terdahulu, Wayne Rooney.

“Menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat England perkara paling berharga dalam hidup saya. Saya sangat teruja untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

“Apabila bola menerjah ja­ring, saya dapat rasakan sesuatu yang magis dan perasaan saya bercampur baur. Saya gembira ke­rana kerja keras saya dalam sesi latihan sebelum ini membuahkan hasil,” katanya.

Pada masa sama, keputusan itu turut menyaksikan England mencatat kemenangan pertama ke atas Itali sejak 1961 dan Kane menganggap, mereka sudah bersedia untuk mencabar lebih ba­nyak kejuaraan selepas ini.

“Malam yang cukup sempurna untuk kami kerana England sudah lama tidak menewaskan Itali dalam aksi kompetitif. Saya percaya kami merupakan antara pasukan terkuat di Eropah, jadi kami tidak sabar untuk berdepan sebarang cabaran,” ujar Kane.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI