fbpx

Durian menjunam separuh harga selepas hampir dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga durian semakin rendah berikutan musim menuai buah itu semakin hampir tiba di Vietnam. - Foto VN Express

HANOI, Vietnam – Harga durian menjunam 50 peratus dalam tempoh hampir dua bulan ketika musim menuai semakin hampir, manakala bekalan pula melimpah, lapor portal berita VN Express semalam. 

Petani wilayah Tien Giang, Long An, Binh Phuoc dan Dong Thap di selatan Vietnam menjual durian Ri6 mereka pada harga 75,000 dong (RM14.12) hingga 85,000 dong (RM16) sekilogram iaitu turun daripada 190,000 dong (RM35.76) satu kilogram pada awal Februari lalu.

Seorang petani di Tien Giang dikenali sebagai Lanh berkata, dia menjual tujuh tan durian pada harga 75,000 dong.

“Saya menjual dengan cepat kerana bimbang akan kejatuhan yang lebih teruk,” katanya.

Di Bandar Can Tho, dia menjual durian berkualiti rendah pada harga 45,000 dong (RM8.47) satu kilogram, turun separuh berbanding bulan lepas.

Harga dijangka turun lagi menjelang musim menuai di wilayah Binh Phuoc dan Dong Nai semakin, tambahnya.

Syarikat Pelaburan dan Pembangunan Van Hoa yang membeli durian daripada petani untuk dieksport menawarkan harga 95,000 dong (RM17.88) satu kilogram untuk durian kualiti tertinggi dan 75,000 dong untuk segmen sederhana. 

Syarikat itu membeli antara 20 hingga 30 tan durian sehari daripada pihak pembekal.

Peniaga berkata peningkatan bekalan menjelang musim menuai telah menurunkan harga durian tambahan pula, buah-buahan lain seperti rambutan dan plum akan dituai tidak lama lagi menyebabkan harga durian menjadi kurang menarik. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI