PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Anwar melalui ciapan di laman Twitternya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sumbangan seluruh warga PDRM dalam menjaga kedaulatan negara.
“Penghargaan saya buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.
“Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara kemanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.