fbpx

Remaja lemas ketika cuba seberang longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang remaja lelaki yang mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.01 petang sebelum 12 anggota beserta empat buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati tubuh mangsa berada dalam keadaan tersangkut di pembentung selepas terjatuh longkang.

“Anggota-anggota kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan tali, sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Faisal, mayat mangsa berasal dari Sarawak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadia mangsa sedang berjalan di kawasan berdekatan dengan dua rakannya sebelum dia terjatuh ketika cuba menyeberangi longkang berkenaan.

“Ketika itu, air di longkang sudah penuh dan mangsa dihanyutkan arus air longkang agak deras,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI