fbpx

Proses perdamaian gagal, Puteri Sarah nekad cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM proses perdamaian yang berlangsung di Jawi pagi tadi, Puteri Sarah dan Syamsul gagal mencapai jalan penyelesaian apabila aktres itu bertegas dengan keputusannya untuk berpisah.

KUALA LUMPUR – Sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

“Saya masih kekal dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai. Cukup-cukuplah, saya sudah penat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata demikian mengulas proses JKP yang berlangsung antara wakilnya dan pihak Syamsul seperti diarahkan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas pada 7 Mac lalu.

“Saya memang tak mahu bersemuka dengannya dan meminta kami bertemu dengan JKP secara berasingan. Saya minta dilepaskan.

“Apa yang disebutkan tadi di hadapan ustazah akan dibawa kepada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada April depan.

“Kalau dia (Syamsul) tak nak juga (lafazkan cerai), saya akan gunakan hakam,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jawi usai proses yang berlangsung lebih sejam itu.

Dalam proses itu, Puteri Sarah ditemani adiknya, Puteri Sofea, manakala Syamsul pula membawa sepupunya.

Pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan dikemukakan untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Sarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI