fbpx

Peralihan Monsun, risiko ribut petir dan banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak menjelang tengah hari nanti.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara kawasan yang dijangka adalah di daerah Miri (Subis dan Miri) kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut memaklumkan ketika fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Jelasnya, keadaan ini amat sesuai untuk berlakunya ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang menyeluruh dalam jangka masa singkat pada petang hingga awal malam.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia,” jelas MetMalaysia di laman Facebooknya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI