fbpx

MRSM berbayar tidak wujudkan ‘pengasingan kelompok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak akan membelakangkan golongan B40 mahupun segregasi (pengasingan) dalam perancangan MRSM berbayar.

Presiden Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, ketika ini MRSM hanya mempunyai 7,100 kekosongan namun menerima sebanyak 90,000 permohonan masuk manakala rayuan adalah sebanyak 19,000.

Katanya, penerimaan orang ramai berkenaan MRSM berbayar boleh diperlihat dengan permintaan terhadap tempat pendidikan itu pada tahun ini sahaja.

“Dalam pada itu, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) yang memiliki lebih 200,000 ahli hasil keluaran MRSM kini 80 peratus daripada mereka sudah berpendapatan M40 keatas.

“Mereka mahu anak mereka memasuki MRSM tetapi persaingannya yang tinggi susulan kuota M40 yang kecil, jadi mereka sangat menggalakkan penubuhan MRSM berbayar,” katanya ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Media di Hotel Premiera hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga berkata, MRSM berbayar timbul bukan bermakna wujudkan segregasi dan pelaksanaan MRSM berbayar tidak menggunakan duit rakyat.

“ANSARA juga mahu anak mereka memasuki MRSM namun tidak kisah mengenai bayaran dikenakan selagi ia memadai dan tidak terlampau mahal.

“Saya nak lihat orang kaya Melayu menggembleng tenaga menjadikan MRSM sebagai satu platform membantu bumiputera lain untuk berjaya,”ulasnya.

Tambahnya, MRSM berbayar sudah dalam kajian dan ‘pipeline’ setelah melihat tuntutan dan harapan tinggi masyarakat terhadap MRSM.

“Kita bukan sahaja fokuskan kepada M40 dan B40 sahaja sehingga membiarkan anak terpisah dalam masyarakat sebenar.

“MRSM yang wujud hari ini adalah bagi menjawab persepsi ‘nakal’ yang didiami oleh M40 namun data menyangkal dakwaan tersebut.

“Peratusan berkenaan dikekalkan, MARA memulakan kajian mewujudkan MRSM berbayar ini bagi menilai kebolehlaksanaannya dan orientasi yang diinginkan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI