fbpx

Inflasi Malaysia kekal 3.7 peratus pada Februari 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Indeks Harga Pengguna Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus dengan mata indeks mencatatkan sebanyak 129.8 berbanding 125.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan inflasi di Malaysia pada Februari 2023 kekal didorong oleh sektor restoran dan hotel iaitu sebanyak 7.4 peratus selain makanan dan minum bukan alkohol pada kadar 7 peratus.

“Bagaimanapun, peningkatan lebih perlahan direkodkan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 3.7 peratus berbanding Januari 2023 (empat peratus), sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi daripada terus meningkat.

“Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia turut didorong oleh kenaikan hiasan, perkakasan dan penyelenggaran isi rumah (3.4 peratus) selaon barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus) serta kesihatan (1.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Pada masa sama, katanya, sektor lain seperti perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain selain perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan masing-masing turut merekodkan peningkatan sebanyak 1.7 peratus.

“Selain itu, sektor pendidikan meningkat 1.6 peratus manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding Februari 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI