fbpx

FAM teliti vendor bekalkan sistem VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISTEM VAR untuk saingan Liga Malaysia mungkin akan digunakan pada dua aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia musim ini sebelum ditambah pada tahun hadapan. – GAMBAR HIASAN

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pihaknya kini dalam fasa mene­liti vendor terbaik untuk menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kata Hamidin, perkembangan positif akan dimaklumkan selepas perbincangan melibatkan FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina dilakukan.

“Sasaran MFL adalah (penggunaan) dua aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia sebelum ia bertambah pada tahun depan. Selain itu, kita juga akan menghantar 30 pegawai untuk mendapatkan kursus VAR dalam masa terdekat.

“FAM juga telah memohon kepada FIFA untuk dapatkan lesen buat pengadil tempatan dan saya harap ia dapat diselesaikan dalam tempoh enam atau tujuh bulan lagi.

“Buat masa ini, kita juga dalam fasa mengenalpasti vendor terbaik daripada FIFA dan mereka akan mengadakan perbincangan terus dengan Collina untuk lihat apa lagi perkara yang perlu FAM lakukan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Hamidin turut mengesahkan pengadil kebangsaan yang bertaraf FIFA, Nazmi Nasaruddin dan dua pembantunya bakal dihantar lebih awal bagi mendapatkan lesen VAR.

“Sasaran kita adalah untuk menghantar Nazmi dan pembantunya ke Piala Dunia 2026. Jus­teru, prosedur awal yang perlu lakukan adalah untuk memastikan mereka mendapat lesen dalam masa terdekat.

“Kemungkinan besar mereka akan dihantar ke Thailand untuk menjalani kurus VAR lebih awal (berbanding pengadil-pengadil tempatan yang lain),” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI