fbpx

Euro 2024: Perancis kembali guna empat pemain bek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE (kanan) dan Upamecano (kiri) akan menjadi sandaran baharu Deschamps untuk membentuk gandingan mantap sebagai pemain pertahanan tengah Perancis. – AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan beliau akan mengekalkan pendekatan menggunakan empat pemain pertahanan pada aksi Kumpulan B kelayakan Euro 2024 menentang Belanda di Stade De France, awal pagi esok.

Sebelum ini, Deschamps menerapkan corak tiga pemain pertahanan dengan mempertaruhkan Raphael Varane, Presnel Kimpembe dan Benjamin Pavard, namun percubaan itu seakan tidak membuahkan hasil apabila Les Blues bolos lebih banyak gol.

“Bermain dengan tiga pertahanan tidak lagi menjadi pilihan. Sasaran utama adalah untuk memberi ancaman kepada lawan dan kekalkan kualiti pada barisan pertahanan,” katanya.

Namun, selepas persaraan Varane daripada pentas antarabangsa, Dayot Upamecano dan Ibrahima Konate bakal menjadi taruhan untuk digan­dingkan di posisi pertahanan te­ngah.

“Untuk kali ini, sistem empat pertahanan adalah pilihan yang bagus. Saya tidak mahu membuat perubahan terlalu banyak kerana ketika di Piala Dunia, kami sudah pun memiliki kese­imbangan lebih baik,” jelasnya.

Selain Belanda, turut berada dalam Kumpulan B kali ini adalah Greece, Ireland dan Gibraltar.

Awal pagi Selasa nanti, Les Blues akan berkunjung ke Dublin untuk perhitungan kedua menentang Ireland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI