fbpx

Elak pembaziran, berbuka di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAT Islam diingatkan untuk tidak bersikap rakus, membazir dan boros ketika berbuka puasa. ­– GAMBAR HIASAN LAMBAKAN makanan ketika bulan Ramadan sering berlaku terutamanya melibatkan majlis berbuka puasa. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru orang ramai terutama umat Islam agar tidak mengamalkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, sejak 11 tahun lalu, setiap kali tibanya Ramadan, CAP sentiasa tegas menjalankan kempen menentang pembaziran dan sikap boros yang dilarang oleh Islam dan agama lain.

“Marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan menjadikan rohani kita kaya.
Elakkan daripada berbuka puasa yang boleh menjurus kepada pembaziran dan sebagai ganti, berbuka puasa di rumah dan masjid dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

“Jemputlah jiran bukan Islam anda untuk berbuka puasa bersama, dengan cara ini kita dapat membina hubungan baik dan persefahaman dalam kalangan rakyat,’’ katanya dalam kenya­taan di sini semalam.
Menurut Mohideen, Ramadan sepatutnya menjadi bulan beribadat bagi umat Islam tetapi bagi sesetengah orang ia menjadi bulan untuk menjamu selera dan membazir dalam perbelanjaan.

“Islam menyuruh umatnya untuk mengelakkan bersikap rakus, membazir dan boros.

“Berlawanan dengan ajaran ini, sesetengah orang makan dan minum begitu banyak sehingga menjadi malas serta mengabaikan kewajipan solat mereka,’’ katanya.

Tambahnya, kerakusan de­ngan makanan juga boleh memberikan kesan sampingan kesihatan yang serius seperti diabetes, penyakit koronari dan tekanan darah tinggi.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan pada 2016, bahawa setiap kali Ramadan 200,000 tan makanan dibuang terus ke dalam tong sampah, jumlah makanan ini boleh memberi makan kepada 180 juta orang.

“Salah satu tujuan berpuasa ialah untuk merasakan kela­paran yang dialami oleh golongan miskin dan terpinggir agar kita mempunyai sikap empati kepada mereka.

“Berjuta orang di Syria, Ya­man, Iraq, Palestin, Myanmar, India, Ethiopia, Sudan Selatan, Pakistan dan Afghanistan sedang berhadapan dengan kebuluran dan malangnya kita membuang begitu banyak makanan pada bulan yang suci ini,’’ tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI