fbpx

Bukan sekarang, tunggu masa tepat – Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL mengakui sedih dengan apa yang berlaku membabitkan rumah tangganya sehingga melibatkan keluarga, namun hanya menyerahkan kepada waktu perihal permintaan ibunya supaya dia pulang ke rumah.

PETALING JAYA – “Hanya waktu yang mampu menjernihkan keadaan.”

Demikian maklum balas Syamsul Yusof mengulas rayuan ibunya, Datin Fatimah Ismail yang meminta dia pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu antara mereka.

Kata pengarah filem Munafik itu, dia turut mengakui berasa sedih dengan situasi membabitkan perkara yang diluahkan insan kesayangannya itu.

“Saya pun sedih. Siapa yang tak sayangkan ibu. Cuma mungkin bukan sekarang. Hanya masa yang akan menjernihkan keadaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di sini, pagi tadi.

Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu yang ditemani sepupunya menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38.

Terdahulu, hari ini Kosmo! melaporkan bapanya yang juga sutradara tersohor berharap Syamsul dapat berjumpa ibunya dan meminta maaf bersempena kedatangan Ramadan.

Malah Yusof, 68, juga mendoakan bulan penuh rahmat ini dapat menjentik hati anaknya serta pihak yang terlibat dalam kemelut membabitkan keluarganya bermuhasabah.

Malah sebagai ayah, beliau sedih melihat situasi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai racun.

Perkara itu diluahkan Yusof susulan Syamsul menyentuh mengenai berkemungkinan Fatimah meminta dia menceraikan Puteri Sarah ketika sidang media tergempar bersama peguamnya, kelmarin.

Menerusi sumber, difahamkan pemilik nama sebenar Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu sudah lama tidak bertemu ibu bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI