fbpx

Bot nelayan kelas C gagal seludup 8,000 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ruang tangki bot nelayan memuatkan diesel disyaki cuba diseludup ke negara jiran menerusi perairan Kuala Perlis, semalam.

KUALA PERLIS – Cubaan seorang tekong dan tiga awak-awak untuk menyeludup 8,000 liter diesel menggunakan bot nelayan kelas C ke Thailand gagal apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan ini pada semalam.

Tekong serta seorang awak-awak tempatan dan dua warga Thailand itu ditahan di kedudukan 2.3 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis kira-kira pukul 5.30 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, penahanan dibuat berdasarkan hasil maklumat risikan dan intipan dilakukan Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, bot tersebut ditahan bot ronda APMM yang ketika itu dalam operasi rutin Op Aman.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot berkenaan dikendalikan seorang tekong dan tiga awak-awak berusia antara 39 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot itu telah diubah suai dengan menambah ruang tangki mengandungi minyak yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM16,000 sementara nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, dan diesel adalah RM216,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI