fbpx

BMW XM buat debut pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hans de Visser (kanan) ketika menampilkan model terbaharu XM di Sentul Depot, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – BMW Malaysia mempertontonkan model XM buat pertama kalinya di negara ini menjelang hari pelancaranya yang dijangka pada bulan Jun ini.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, model berprestasi tinggi itu pertama kali hadir bersama daya pacuan elektrik.

Katanya, XM juga menampilkan sistem pacuan BMW M Hybrid yang canggih serta digandingkan dengan sistem suspensi M untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik.

“Produksi bagi BMW XM telah bermula pada Disember tahun lalu di kilang Spartanburg milik BMW Group yang terletak di Amerika Syarikat .

“Kami benar-benar teruja untuk memperkenalkan BMW XM di Malaysia. Lantas meluaskan lagi keupayaan e-mobiliti dalam segmen kereta berprestasi tinggi di Malaysia.

“Ia merupakan pengilhaman semula ideal automotif, dan karakteristik prestasinya yang ekstrem akan menjanjikan pengalaman pemanduan yang serba mewah buat para pelanggan dan penyokong jenama ini di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, model itu merupakan BMW M yang pertama hadir dengan sistem pacuan hibrid “plug-in” serta menggunakan enjin 4.4 liter TwinPower Turbo V8 dan transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan.

“Output keseluruhan rangkaian kuasa model ini menghasilkan kuasa maksimum 653 hp dan tork tertinggi 800Nm.

“Kadar pecutan pula dalam masa 4.3 saat. Kelajuan maksimum dihadkan pada paras 250 kilometer sejam (kmj) tetapi dengan pakej M Driver kelajuan maksimum ialah 270 kmj,” tambahnya.

Model ini bakal dijual pada harga RM1,398,800 (atas jalan tanpa insurans) dengan pakej servis dan waranti lanjutan lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI