fbpx

Bapa tayang video isteri curang pada majlis perkahwinan anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hiroko diceraikan oleh suami, Yuta dan diabaikan oleh anaknya selepas kejadian itu. - Mothership

TOKYO – Seorang wanita di Jepun terkejut apabila menerima hadiah perkahwinan paling ‘istimewa’ daripada bapa tirinya iaitu tayangan rakaman ibunya yang curang, lapor laman berita Mothership hari ini.

Semasa majlis tersebut, pengacara majlis mengumumkan bahawa Yuta, 37, menyediakan kejutan untuk anak tirinya, Momoka, 20, dan meminta tetamu melihat skrin di dewan perkahwinan.

Kegembiraan Momoka pudar selepas rakaman tersebut memaparkan ibunya, Hiroko, 41, sedang berhubungan intim dengan lelaki lain. Yuta kemudian merampas mikrofon dan berkata: “Mereka mengkhianati saya dan mempunyai hubungan sulit.”

Ternyata lelaki dalam video tersebut adalah bekas suami Hiroko, Satoshi iaitu bapa kandung Momoko. Satoshi yang berada di lokasi kejadian kemudian berlari meninggalkan dewan.

Bercerita kepada majalah An An, Hiroko memberitahu bahawa anaknya, Momoka kemudian menangis dan meraung: “Ibu saya merosakkan perkahwinan saya!”

Kata Hiroko, semuanya bermula apabila anak perempuannya memutuskan untuk berkahwin dan ingin menjemput bapa kandungnya. Pasangan itu bercerai kerana hutang yang bertimbun apabila perniagaan Satoshi gagal. 

“Kami ingin menjemput bekas suami untuk hadir sebagai bapa kandungnya dan kami bertemu di rumah saya. Sekarang dia menjadi lelaki yang berjaya semula, cinta saya terhadapnya berpuncak semula dan saya memulakan hubungan itu.

“Kami sentiasa bertemu di rumah saya dan menjadikan perkahwinan anak kami sebagai alasan. Suami saya (Yuta) sentiasa keluar bekerja dan Momoka berpindah untuk tinggal bersama teman lelakinya,” dedah Hiroko.

Hubungan itu bertahan selama beberapa bulan sehinggalah pada suatu hari Yuta mengesyaki sesuatu. Satoshi kemudian memutuskan hubungan dengan Hiroko kerana tidak mencintainya lagi. 

Hiroko menyangka hidupnya akan kembali seperti biasa setelah hubungan dengan Satoshi berakhir. Dia bagaimanapun tidak menyangka akan menerima ‘hadiah’ pada majlis perkahwinan anak perempuannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI