fbpx

Aliff Syukri dikutuk isteri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF Syukri dan isteri.

TAK pernah serik! Meskipun lagu raya nyanyiannya tahun lalu dikecam, itu tidak mematahkan semangat usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluncurkan karya baharu.

Nyata Kelepok Raya bukan lagu raya terakhirnya kerana tahun ini Aliff berkongsi video memaparkan dirinya sudah pun masuk studio rakaman dan memberi bayangan akan ada kejutan.

Perkongsian dalam Instagram turut mendapat maklum balas isterinya, Datin Seri Shahida yang juga penyanyi apabila meninggalkan komen mengkritik suaminya.

Tiada bakat dalam nyanyian antara luahan terbuka Shahida kerana beranggapan Aliff tetap berdegil mahu menghasilkan lagu raya.

“Sudahlah suara tak sedap, tempo lari, lirik ‘ke laut’. Aku tak tahu kenapa dia suka sangat buat lagu raya. Dah tahu memang suara tak sedap, tiada bakat, tiada anugerah daripada Ilahi,” katanya.

Apa pun Mizz Lahar yakin jutawan popular itu berhati kental dan kalis kecaman. Kita tunggu saja hasilnya nanti.

MIZZ LAHAR: Teringat pula cerita pasal sekumpulan selebriti menggunakan suara penyanyi lain untuk rakaman album.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI