fbpx

2,200 tan sampah sehari dibawa ke Pulau Burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Poh (berdiri, tengah) bersama sebahagian pelajar yang menjayakan kempen Vlog Zero Waste @Bazar Ramadan peringkat negeri anjuran GREW di bazar Ramadan Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Penduduk Seberang Perai khususnya dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini sebagai usaha mengurangkan penghasilan sampah.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Azhar Arshad berkata, hal ini kerana, jumlah sampah yang dikutip di Seberang Perai dan dibawa ke pusat pelupusan sampah di Pulau Burung kini mencecah 251,101.64 tan atau bersamaan 48 peratus daripada jumlah sampah yang dilupuskan di situ.

“Secara ringkasnya, kita di Seberang Perai menghantar sehingga 2,200 tan sampah sehari ke Pulau Burung ketika ini.

“Jadi, bayangkan sekiranya kita hanya menghasilkan sampah setakat yang kita guna sahaja (berdasarkan keperluan). Mungkin tidak sebanyak itu.

“Untuk pengetahuan juga, MBSP kini membelanjakan sehingga RM20 juta setahun untuk pengurusan sampah dan jumlah ini adalah sangat tinggi,” katanya pada majlis pelancaran Vlog Zero Waste @Bazar Ramadan peringkat negeri anjuran Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) di bazar Ramadan Seberang Jaya di sini.

Difahamkan, menerusi program tersebut, GREW berharap dapat menyemai kesedaran dalam kalangan orang ramai berhubung penggunaan beg plastik secara berlebihan selain mengelak pembaziran makanan berterusan hingga menjurus kepada peningkatan jumlah penghasilan sampah pada setiap hari.

Dalam pada itu, Boon Poh memberitahu, pihaknya berhasrat untuk memperluas penggunaan alat penapis sisa makanan di semua pasar awam sebelum penguatkuasaan sepenuhnya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan dalam usaha mengurangkan penghasilan sampah.

“Memang ada cadangan untuk meletakkan alat penapis (sisa makanan) itu dan saya sedang berbincang dengan syarikat yang bertanggungjawab agar mereka dapat menghantar kertas cadangan dengan segera,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI