fbpx

Shasha Abedul jalani ibadah umrah sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHASHA teruja kerana berpeluang mengerjakan ibadah umrah selama sebulan sepanjang Ramadan ini.

SHAH ALAM – Mengejar pahala, aktres Shasha Abedul menikmati rahmat bulan mulia Ramadan dengan mengerjakan umrah selama sebulan di Tanah Suci Mekah.

Menurut Shasha, 26, Ramadan tahun ini memberi pengalaman berbeza buatnya kerana berpeluang menjadi tetamu Allah SWT selain berjauhan dengan keluarga demi ibadah.

“Sepanjang Ramadan tahun ini saya menunaikan umrah berdua bersama makcik dan kami akan menyambut Aidilfitri di sana. Tempoh kami di sana agak lama iaitu selama sebulan.

“Ketika diberitahu saya berpeluang ke sana, memang gembira sangat dan harap semua urusan kami dipermudahkan sekali gus mendapat umrah yang mabrur,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Seindah Kasih di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Kau Vs Aku itu juga memberitahu bahawa dia turut membuat persiapan fizikal dan mental untuk menunaikan ibadah umrah selama sebulan di sana.

“Saya memang berniat untuk padatkan jadual dengan beribadah sepanjang berada di sana apatah lagi memang ramai menunaikan umrah pada bulan mulia ini.

“Saya perlu benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal. Sebagai persediaan, saya bersenam setiap hari kerana di sana memerlukan banyak pergerakan,” katanya lagi.

Selain Shasha, penyanyi Aina Abdul dan pelakon Nadya Syahera juga antara selebriti tanah air yang turut menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI