fbpx

Pearly-Thinaah sekali lagi ‘pulang awal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah terus gagal mempamerkan aksi terbaik apabila tersingkir buat kali kedua pada pusingan pertama selepas tewas di Terbuka Switzerland awal pagi semalam.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah sekali lagi terpaksa menerima hakikat perit tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Switzerland 2023.

Lebih memeritkan apabila Pearly-Thinaah tewas buat kali pertama kepada pasangan No. 26 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun 15-21, 21-14, 16-21 pada aksi di St. Jakobshalle, Basel awal pagi semalam.

Ia adalah kali kedua berturut-turut beregu di ranking kelapan dunia itu kecundang di pusingan pertama selepas minggu lepas tewas di peringkat sama pada Kejohanan Badminton All England.

Ketika itu, Pearly-Thinaah tewas kepada satu lagi pasangan bukan pilihan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 13-21, 21-15, 15-21.

Sesuatu perlu dilakukan segera berdasarkan penurunan prestasi juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dalam dua kejohanan terakhir sejak melangkah ke separuh akhir Terbuka Jerman dan Masters Indonesia tahun ini.

Situasi berbeza dialami juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tiada masalah mara ke pusingan kedua selepas menang mudah 21-10, 21-10 ke atas wakil tuan rumah, Arthur Bodier-Pham Minh Quang.

Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kedua dunia dan turun selaku pilihan utama kejohanan, dijadualkan bertemu beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito di pusingan kedua hari ini.

Satu lagi beregu lelaki negara yang melepasi pusingan pertama adalah pilihan ketiga kejohanan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila menewaskan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 22-20, 21-13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI