fbpx

Maut tergelincir dalam kolam kebun sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu mengambil mayat seorang warga emas lelaki yang ditemukan terapung di dalam kolam buatan di sebuah kebun di Kampung Tengah Gemencheh, malam tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Seorang warga emas maut dipercayai tergelincir dalam kolam kebun duriannya sendiri di Jalan Batang Rokan-Gemencheh, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima maklumat dari orang awam pada pukul 9.30 malam tadi memaklumkan satu mayat lelaki terapung di dalam kolam takungan.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mendapati mangsa berusia 79 tahun terapung di dalam kolam tadahan hujan untuk kebun durian miliknya itu.

“Kolam berkenaan sedalam kira-kira dua meter mempunyai tebing yang tinggi serta curam. Siasatan mendapati tiada barang mangsa yang hilang dan mangsa dipercayai keluar pada sebelah petang untuk ke kebunnya itu.

“Mayat mangsa dibawa naik dengan bantuan pasukan bomba. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa juga dalam keadaan baik tiada kecederaan serta lengkap berpakaian. Mangsa dipercayai tergelincir di tebing yang licin dan tinggi lalu lemas,” katanya hari ini.

Amiruddien berkata, tiada unsur jenayah dan mayat telah di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI