fbpx

Jangan biar Jawi malu, Puteri Sarah mohon menteri siasat Syamsul, Ira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah meminta campur tangan Menteri Agama menyiasat suami dan madunya berhubung kenyataan mereka yang ingin menyaman Jawi dalam satu sidang akhbar dilakukan Syamsul semalam.

PETALING JAYA – Isteri pertama pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah memohon agar Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar melakukan siasatan terhadap suaminya itu dengan madunya, Ira Kazar.

Kata Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, jangan biarkan dua individu terbabit menjatuhkan maruah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Mohon pihak Kementerian Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im siasat kes Syamsul Yusof dan Ira Kazar memandangkan kes masih dalam siasatan.

“Jangan biarkan mereka memalukan dan menjatuhkan maruah Jawi,” katanya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.

TIDAK berdiam diri, Puteri Sarah memohon campur tangan pihak Kementerian Agama berhubung krisis rumah tangganya. – INSTASTORY PUTERI SARAH

Semalam, Syamsul, 39, menafikan dakwaan Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan dia turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurutnya, kes tersebut melibatkan dirinya dan isteri kedua masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah.

Terdahulu, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah dan memberitahu tuntutan dibuat bukan sebab mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangga.

Dalam tuntutan nusyuz tersebut, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.

Rentetan itu, Sarah pula membuat serangan balas apabila mendedahkan suaminya dan madunya Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI