BANGKOK – Media sosial dipenuhi dengan pesohor yang mengkaji produk solekan dan kosmetik, namun seekor kerbau bernama Kalaya disolek wajahnya oleh pemilik haiwan itu yang dikenali sebagai Mod, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Mod memelihara kerbau pertandingan itu yang dibiakkan khas untuk menjadi kuat dan cantik.
Dalam satu video yang mendapat hampir 90,000 tanda suka dan satu juta tontonan, seorang pengguna TikTok, Mod menyolek muka Kalaya dengan pelbagai jenis peralatan persolekan.
“Kami akan melakukan solekan pada Kalaya. Langkah pertama adalah membersihkan mukanya. Sekarang, mari beri ia solekan pada kening. Kami akan membuat penampilan solekan lembut hari ini,” kata Mod dalam video tersebut.
Klip itu mendapat ribuan komen daripada netizen yang memuji transformasi Kalaya.
“Walaupun hanya kening tetapi ia membuatnya kelihatan sangat meriah,” kata seorang netizen.
“Saya mahu kening seperti Kalaya,” kata pengguna lain. – Agensi