fbpx

Euro 2024: Deschamps pilih Mbappe jadi kapten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE menggantikan Lloris yang bersama sebagai kapten Perancis dengan tugas pertamanya berdepan Belanda Sabtu nanti. – AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps percaya Kylian Mbappe mampu membawa penyatuan pengaruh de­ngan peranan baharunya sebagai kapten pasukan itu.

Mbappe, 25, merupakan calon paling tepat memakai lilitan le­ngan kapten Les Bleus menggantikan tugas penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris yang bersara selepas berakhirnya Piala Dunia Qatar 2022.

Bagaimanapun, timbul khabar angin mengatakan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann kecewa dengan pelantikan itu kerana merasakan dirinya lebih layak kerana lebih senior berbanding Mbappe.

“Mbappe adalah kapten baharu Les Bleus, manakala Griezmann pula dilantik sebagai pembantu ketua pasukan. Tiada perbalahan kerana mereka ber­dua tahu peranan masing-ma­sing.

“Saya membuat keputusan kerana Mbappe memenuhi kriteria untuk memikul tanggungjawab besar ini. Dia sentiasa membawa elemen penyatuan secara kehidupan berkumpulan di dalam dan luar padang,” kata Deschamps.

Penyerang prolifik Paris Saint-Germain (PSG) itu akan menge­tuai rakan sepasukannya menghadapi aksi pertama kelayakan Kejohanan Euro 2024 menentang Belanda di Stade de France awal pagi Sabtu ini.

Kemudian, Les Bleus akan menghadapi aksi kelayakan ke­dua kempen Kumpulan B menentang Republik Ireland di Stadium Aviva, Dublin pada 28 Mac ini.

Bekas juara dunia dua kali pada 1998 dan 2018 itu dilihat tiada masalah untuk layak automatik ke Kejohanan Euro 2024 sebagai juara kelayakan Kumpulan B yang turut dihuni Greece dan Gibraltar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI