fbpx

Dua rumah dihempap pokok di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menimpa dua buah rumah di kawasan Sungai Buloh, pagi ini.

SUNGAI BULOH – Dua bumbung rumah rosak selepas dihempap pokok setinggi sembilan dan empat meter ekoran angin ribut dalam dua kejadian berasingan sekitar daerah ini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, bagaimanapun bagi kejadian pertama, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 8.28 pagi.

Katanya, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke Jalan Kusta Batu 13 Setengah, Kg Melayu Sg Buloh, di sini.

“Tiba di lokasi,sebatang pokok anggaran ketinggian 4.5 meter telah tumbang di bahagian dapur rumah mangsa, namun tiada kecederaan dan mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Morni menjelas bagi kejadian kedua,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 pagi melibatkan sebuah lagi rumah yang dihempap pokok di Jalan Haji Surin Kg Paya Jaras Hulu, di sini, pagi tadi.

Menurutnya, kejadian itu turut membabitkan seramai enam anggota bersama satu jentera dari BBP Sungai Buloh.

“Bagi kejadian kedua ini, kejadian melibatkan sebatang pokok setinggi sembilan meter tumbang di bahagian hadapan sebuah rumah. Kedua- dua kejadian memerlukan 20 minit sahaja untuk anggota bertindak memotong dan mengalihkan pokok tersebut ke tempat yang selamat hingga selesai,” ujarnya.

Kedua-dua pokok tersebut telah tumbang sejak semalam akibat angin ribut dan pengadu memilih untuk membuat aduan melalui panggilan MERS 999 pagi ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI