fbpx

Cinta terhalang ketika remaja, akhirnya kahwin selepas 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allbrighton dan Steer pada majlis perkahwinan mereka yang sudah lama ditunggu-tunggu. - Lee Albrighton/SWNS

LONDON – Sepasang kekasih warga emas akhirnya melangsungkan perkahwinan selepas enam dekad hubungan cinta mereka dihalang ibu bapa kerana mahu berkahwin ketika masih remaja, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Lee Allbrighton, yang pada ketika itu berusia 19 tahun melamar kekasihnya yang berusia 18 tahun, Jeanette Steer pada 1963 dan merancang ingin berpindah ke Australia.

Allbrighton kemudian mengembara ke Australia terlebih dahulu dan menanti ketibaan Steer. Bagaimanapun, harapan mereka musnah apabila perkara itu diketahui oleh ibu bapa Steer.

Suami isteri tersebut melarang anak mereka berkahwin dengan pasangannya dan mengarahkan Steer kekal berada di rumah di Isle of Wight, Britain. Pasangan remaja yang patah hati itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Allbrighton kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita Australia dan mempunyai tiga anak manakala Steer kekal menetap di Britain sebelum berkahwin dan dikurniakan dua anak.

Setelah perkahwinan Allbrighton berakhir dengan perceraian pada 2015, dia mula menjejaki teman wanita zaman remajanya itu dengan kembali ke Britain sebelum akhirnya bertemu dengan Steer.

Steer yang masih bersuami pada ketika itu kembali berhubung dengan Allbrighton dua tahun kemudian selepas suaminya meninggal dunia akibat kanser.

Pasangan itu kemudian menyambung percintaan mereka dan berkahwin bulan lepas ketika berusia 79 dan 78 tahun di hadapan anak, cucu dan cicit mereka. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI