fbpx

Buat apa nak sondol kalau saya sedang bahagia – Ahirine Ahirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHIRINE mengakui berkawan namun menafikan ada hubungan istimewa dengan Faril Kamil sehingga menjadi punca pergelutan rumah tangga pengarah Remp-It 2 itu bersama Diana Danielle.

PETALING JAYA – Pendatang baharu dunia lakonan, Ahirine Ahirudin menafikan dirinya sebagai punca keberantakan rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle sehingga menuju perceraian.

Kata Ahirine, 27, hubungannya dengan Farid tidak lebih daripada rakan pelakon dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai penyondol adalah sangat tidak berasas.

Tegasnya, dia juga sedang dilamun cinta namun enggan memperincikan perihal terbabit.

“Penyondol? Buat apa saya nak sondol kalau saya sedang bahagia dengan orang lain?

“Saya dah berapa bulan tak sembang dengan Farid. Senang-senang nak petik nama saya hanya kerana saya pernah berlakon dengannya.

“Saya dan Farid tidak pernah ada apa-apa hubungan istimewa langsung. Orang pandai cakap di akhirat nanti, mereka sendiri menjawab fitnah dilemparkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ahirine yang beraksi di samping Farid menerusi Remp-It 2 diterbitkan tahun lalu berkata, mereka sama gemarkan sukan permotoran namun tidak sampai tahap bercinta atau menjalin hubungan lebih daripada kawan.

“Saya dengan Farid dah macam ‘member’. Kami pun dalam kelompok sama (sukakan sukan permotoran). Dia pun ceburi sukan muay Thai macam saya.

“Kalau pergi training (latihan) motor atau Muay Thai pun, DD (Diana Danielle) dan anak-anak ada sekali.

“Saya faham jadi figura dikenali memang ada kesan tersendiri. Orang senang-senang buat spekulasi tanpa memikirkan kesan terhadap emosi kita.

“Macam saya cakap, lama tak borak dengan Farid sebab saya pun baru balik ‘shooting’ di Sarawak sebulan lebih filem Tebus bersama Aedy Ashraf. Kalau tak, memang akan pergi ‘training’ motor atau muay Thai sama-sama,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sebuah portal hiburan tanah air melaporkan, gara-gara sering mempamerkan keakraban dalam media sosial, nama Ahirine dipetik sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid dan isteri.

Nama anak kepada figura industri media tersohor negara, Ahirudin Attan itu didakwa sebagai penyebab mendorong Diana bertindak nekad memfailkan cerai terhadap suaminya.

“Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan,” demikian antara komen yang dicoret netizen dalam media sosial.

Lebih menguatkan spekulasi, tahun lalu pernah tular video kemesraan Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari memakaikan topi keledar ke kepala Ahirine.

Dalam ruangan komen video tersebut dilihat dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan mesra itu akan menimbulkan perasaan cemburu terhadap isteri aktor itu, Diana Danielle.

Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid. Pernohonan cerai tersebut dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI