fbpx

Tali ‘bungee jumping’ putus, pelancong nyaris temui ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mike terhempas ke dalam tasik selepas tali ‘bungee jump’ itu terputus. - Thaiger

BANGKOK – Seorang pelancong dari Hong Kong yang melakukan aktiviti terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ di Pattaya, Thailand ‘terselamat daripada maut’ apabila tali yang diikat pada kakinya terputus, lapor laman berita Thaiger semalam.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut menarik nafas lega apabila lelaki bernama Mike itu disahkan selamat selepas dia melompat pada ketinggian menyamai bangunan 10 tingkat. 

Mike melakukan terjunan lelabah pada Februari lalu selepas menyaksikan keterujaan seorang rakan sekerjanya. Ketika kejadian, pekerja dilaporkan telah mengikat tali pada kaki Mike sebelum menolaknya dari kren.

Dia kemudian mendepakan tangan ketika menjunam dari ketinggian 30 meter, namun tali yang diikat pada kakinya terputus ketika dia berada pada ketinggian 5 meter.

Pekerja kemudian bergegas membantu Mike yang pitam beberapa ketika selepas dia terjunam ke dalam tasik. 

Beberapa saat kemudian, Mike kembali sedar dan mula berenang ke permukaan air. Dia memberitahu bahawa sakit yang dirasainya adalah sangat kuat sehingga membuatkan dia berasa pening.

Mike kemudian dikejarkan ke hospital tetapi bernasib baik kerana tidak memerlukan sebarang pembedahan atau dimasukkan ke hospital.

Akibat terhempas pada permukaan air, bawah lengan Mike kehilangan seluruh lapisan kulit, kakinya lebam, mata kirinya merah dan bengkak serta seluruh badannya sakit. Organ dalamannya bagaimanapun masih dalam keadaan baik.

Selepas pulih, Mike menghantar e-mel kepada pengusaha permainan itu untuk menuntut pampasan, sebaliknya dia hanya ditawarkan 2,000 baht (RM259) untuk bayaran balik tiket dan 8,000 baht (RM1,038) untuk biaya perubatan.

Setelah pulang ke Hong Kong, Mike dimasukkan he hospital kerana mengalami jangkitan pada paru-paru dan bil rawatannya mencecah 220,000 baht (RM28,556). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI