NAMA penyanyi dangdut Clarisa Arda sering menjadi sorotan netizen Indonesia gara-gara kehidupannya yang mewah.
Disebabkan itu, dia dituduh menjadi wanita simpanan lelaki kaya sehingga mampu berfoya-foya dan memakai pakaian jenama mewah.
Kesal dengan tuduhan liar tersebut, penyanyi lagu Namaku itu berkata, dia menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai cara melepaskan tekanan.
Menjelaskan gosip yang bertebaran, Clarisa menegaskan apa yang dimilikinya pada hari ini adalah hasil titik peluhnya sebagai penyanyi dangdut serta beberapa bisnes yang diusahakan.
“Saya kerja untuk ibu bapa. Biar mereka senang. Saya ada buka kedai baju dan aksesori. Intinya berdoa dan berusaha barulah hidup sentiasa dimurahkan rezeki,” ujarnya.
Clarisa enggan terlalu memikirkan kata-kata netizen dengan cara menepis dakwaan liar menerusi karya-karyanya.