fbpx

Saya tak pernah pukul Puteri Sarah – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL menepis dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia pernah memukulnya sekitar 2020 sehingga pelakon itu bertindak keluar dari rumah.

KUALA LUMPUR – Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menegaskan, dia tidak pernah walau sekali ‘naik tangan’ kepada isterinya, Puteri Sarah seperti yang didakwa pelakon itu.

Jelas Syamsul, 39, dia tidak percaya dakwaan tersebut keluar daripada mulut isterinya yang tergamak mengeluarkan tohmahan sebegitu terhadapnya.

“Dia fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini?

“Puteri Sarah tahu saya tak pernah walau sekali pun memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi ‘Hulk’ ke ketika itu?

“Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku.

“Saya ada anak perempuan, ada ibu dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah filem The Original Gangster itu memaklumkan, dia berulang kali mencuba mengajak Puteri Sarah berbincang namun isterinya menolak permintaan tersebut.

Jelasnya, Puteri Sarah kerap kali meminta untuk dilepaskan dengan alasan dia sudah mempunyai orang lain.

“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu.

“Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.

“Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI